Happy Father's Day

Semalam tokwan tiba di rumah dalam siri lawatan menziarah anak-anak yang bermastautin di Lembah klang. Empat orang anak beliau berada di lembah kelang. Zaman telah berubah, dahulu anak-anak yang menziarah orang tua, atas alasan kesibukan, ibu bapa pula yang datang menziarah anak-anak.

Tokwan adalah seorang yang suka bercerita, cara org tua2 untuk menghiburkan anak dan cucu. Kebetulan pula TV LCD 37" dirumahku rosak dan tidak kesempatan utk menghantarnya ke workshop untuk dibaiki. Penyelesaian ringkas: ambil TV LCD 20" yg kecil di ruangan atas dan diletakkan dihadapan TV LCD yang rosak. Pendekkan cerita masih lagi dapat menonoton TV walaupun screennya sekarang kecil.

Tokwan kehairanan kenapa ada TV kecil didepan TV besar dan kenapa tengok TV kecil dan bukannya TV besar. Adikku menyatakan sebabnya. Tapi tokwan mencelah: (dalam loghat kelantan). Bukan, sebenarnya ibu dia (TV besar) melahirkan anak dia (TV kecil) tapi masa melahirkan anak, ibunya (TV besar) mati, yang hidup cuma anak dia. Sebab tu boleh tengok TV kecik sahaja. Kesian ibunya, berkorban untuk anak. Kami sekeluarga tergelak besar mendengar celoteh tokwan. Kreatif betul pemikiran tokwan nie.
SELAMAT HARI BAPA kepada tokwan Hj Wan Yusoff Wan Majid dan kepada abah tercinta Daud Mohamad.
P/S: Credit to abah for writing the story up on his facebook

Comments