Final moments in Malaysia
Salam semua,
Aku dah selamat sampai Brisbane malam tadi. Berat rasa hati nak balik sini tapi nak buat macam mana, ada setahun lagi nak habis degree. Minggu last kat Malaysia rasa sangat kelam kabut. hari ahad lepas gathering hari tu pergi Seremban. tengok si adik yang tak dapat pulang.hehe. Skema betul sekolah dia, nak balik 2 minggu sekali pun susah. Nak tak nak terpaksalah pergi tengok dia, kalau tak nanti tak jumpa plak. Nasib baik Seremban tu dekat je.hehe.
Hari Isnin hari tu pepagi lagi dah balik JB jumpa nenda terchenta. Cuti 3 bulan kat Malaysia, tapi dah hujung2 cuti baru nak lawat dia. Kesian dia ni pun ikutkan nak balik weekend dengan mak and abah tapi weekend semorg busy. Pastu dah takde weekend dah, so terpaksalah balik weekdays juga. 3 hari juga la kat JB, balik JB khatam 2 buah buku 'Ketika Cinta Bertasbih'. Memang terbaikla buku dia, kalau dah tengok movie dia pun wajib baca buku dia sebab ada part dalam buku yang dia cut dalam movie. Dah abah memang warning awal2 buku dia tak boleh bawa balik OZ, so nak tak nak habiskanla juga sebelum balik. Banyak pengajaran yang boleh didapati daripada buku2 ni. Salah satu dia ajar kita doa untuk pengantin. Kan sekarang ni ramai membe2 yang nak kahwin so kalau pergi kenduri dorg nanti jangan la tengok pelamin je yang cantik atau baju pengantin lawa. Jangan lupa untuk doakan si pengantin tu sekali. Ni aku share doa tu dengan korang:
Barakallahu laka wa baaraka alaika wajama’a bainakuma fi khair
Maksudnya: Mudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang mahupun susah dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan
Nanti nak pergi kenduri kawin kawan2 korg jangan lupa baca ye doa ni ;-)
Hari Khamis plak pergi settle hal bank dekat Alam Sentral. Mak bising sebab dah nak balik OZ baru sibuk nak setel hal bank, dulu memula balik tak teringat plak nak pergi bank.hehe..Jumaat plak pergi Jusco Bukit Tinggi nak beli barang2 yang patut nak bawa balik. Yang penting Maggi Rusky mesti ada..hehe tapi kecewa Maggi Itik takde, kempunanla setahun lagi nak makan..hehe (balik hari tu takde plak nak cari..hehe). Malam tu pergi Bangi sebab auntie aku nak bertunang keesokan harinya, hari aku balik, so tak sempat nak jumpa dia nanti. Bagi hadiah tunang dia siap2 takut nanti lupa plak. Dah malam barula balik.
Esok dah start final year..rasa macam tak ready pun ada, betul ke aku nak buat projek tu betul ke aku tak salah pilih supervisor. Boleh tak duk fikir soalan2 tu. Okla..dah tak tau nak tulis apa.
Till then~
apa maksud ayat tuh?
ReplyDeleteMudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang mahupun susah dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan..nnt g kawen atun baca ye doa nie..hehe
ReplyDeletebyk hehe hehe huda:P
ReplyDeleteowh aku mmg suke hehe..
ReplyDelete