17 Ramadhan 1431H
Salam, Sedar tak sedar dah nak menghampiri sepuluh malan terakhir untuk bulan Ramadhan kali ini. Sekejap sahaja masa berlalu, rasa macam baru je seminggu berpuasa. Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, ada sedikit info yang saya nak share dengan semua orang. Sebagai seorang muslim, kita diwajibkan untuk sembahyang lima waktu sehari semalam dan juga berpuasa pada bulan Ramadhan. Tapi tahukan anda kenapa kita diwajibkan untuk melakukan semua itu? Oleh itu, dalam post ini saya nak kongsi sedikit maklumat mengenai solat dan puasa. Sekumpulan orang Yahudi pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu solat yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu. Sabda Rasullullah SAW: Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir. Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari,maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.