17 Ramadhan 1431H
Salam,
Sedar tak sedar dah nak menghampiri sepuluh malan terakhir untuk bulan Ramadhan kali ini. Sekejap sahaja masa berlalu, rasa macam baru je seminggu berpuasa. Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, ada sedikit info yang saya nak share dengan semua orang.
Sebagai seorang muslim, kita diwajibkan untuk sembahyang lima waktu sehari semalam dan juga berpuasa pada bulan Ramadhan. Tapi tahukan anda kenapa kita diwajibkan untuk melakukan semua itu? Oleh itu, dalam post ini saya nak kongsi sedikit maklumat mengenai solat dan puasa.
Sekumpulan orang Yahudi pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu solat yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.
Sabda Rasullullah SAW:
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.
Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari,maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A. S. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Yahudi-yahudi itu betanya lagi: Apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang?
Rasullullah SAW bersabda:
Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.
Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.
Sembahyang Isyak (atamah), katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.
Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu: dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan dari nifaq.
Selain solat, mereka juga bertanya pada Rasulullah SAW perihal puasa: Kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?
Sabda Rasulullah SAW:
Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan pada waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.
Kata orang Yahudi lagi: Wahai Muhammad, terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu?
Sabda Rasullullah saw,
Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
Sabda Rasulullah SAW:
Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan pada waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.
Kata orang Yahudi lagi: Wahai Muhammad, terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu?
Sabda Rasullullah saw,
Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang
tumbuh daripada makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
7. Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.
Semoga post ini member manfaat kepada semua. Selamat beribadah ;)
Credit to reocities.
ni hadith sahih ke?
ReplyDeletesahih..cuba tgk kat bhgn credit..aku amik from website tue
ReplyDelete