Cuti-cuti Malaysia

Sekejap saja masa berlalu. Dalam tak sedar sudah 3 minggu aku ada kat Malaysia. Rasa macam lama aje dah balik sebab banyak betul aktivti rupa-rupanya dah nak dekat sebulan.

Sejak balik ni baru last weekend ada kat Shah Alam. Itupun kalau ikutkan dah nak ke Ipoh dah, untuk kenduri kawin kakak Diana tapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa dibatalkan lagipun cousin aku datang dari Besut so bawa dia jalan-jalan kat sini.

Minggu first aku balik sini tak buat apa-apa pun cuma guling-guling kat rumah hilangkan penat. Tapi weekend tu balik Besut sebab raya haji. Ingat dah tak dapat nak balik dah sebab banjir tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa pun sepanjang balik sana. Hari kitorang nak balik ke SA tu start balik hujan. Besar sungguh kekuasaan Allah kerana tak ada setitik pun hujan sepanjang 3 hari raya tu. Tapi raya kali ni tak best sangat sebab ada aunt n uncle yang tak balik sebab tak dapat cuti. Rumah tokwan tak semeriah raya puasa.

Lepas balik dari Besut tu next weekend pergi Kuantan plak. Family holiday kata abah.hehe. Suka betul nak balik kuantan. Bagi kitorang kuantan nie rumah kedua sebab semua membesar kat sini. Hajat di hati nak ke Bukit Gambang Resort yang baru tu tapi tak kesampaian hari sabtu tu sebab hujan lebat gila. So kitorang pun ronda-ronda bandar, usha east coast mall yang baru tu. Okeyla juga, kedai dia lagi banyak dari megamall. Nasib baikla hari ahad tu cerah, dapatla juga pegi Bukit Gambang tapi tak banyak pun mainan dia kat situ. Budak-budak sukala kot tapi untuk orang dewasa ada 4 gelongsor aje, naik tangga 3 kali dah abes main. tempat ni tengah construction lagi nanti dia nak tambah kot mainan yang ada kat sini.

Weekend lepas duk kat rumah jela. Dah penat berjalan pastu nanti nak pergi melaka plak. Tapi sempat juga pergi shopping kat Sunway Pyramid. Isnin lepas jumpa Aiza kat Sunway Pyramid ngan Joe n Hajar. Bestnya tengok orang dah keje ni.hehe.. Kekadang ada gak terfikir tak nak belajar dah tapi ada juga rasa tak cukup ilmu lagi nak kerja. Kesimpulannya belajar jela dulu. Enjoy life as a student dulu.

Semalam baru balik dari Melaka, yang ni memang ronda abes. Tak pernah pun jadi tourist betul-betul kat Melaka. Habis semua museum kitorang round sebab dah beli 2 hari museum pass. Dahla murah gila. Pastu tak pernah2 nak naik cruise pergi naik cruise kat Sungai Melaka (ntah betul ke tak nama sungai tu). Tapi bau dia memamg terbaikla.hehe. Sempat juga jumpa member-member sekolah setealah sekian lama tak jumpa. Terubat rindu jumpa bestie aku setelah 2 tahun tak ketemu. Tapi macam tak puas lepak. Ni kena datang Melaka lagi nie. tak pun korang plak naik KL kan.hehe.

Ni memang betul macam cuti-cuti Malaysia ni. Bahagian utara je tak pergi plus Sabah n Sarawak. Tapi memang best la cuti. Ahad ni nak pergi bercuti lagi. Yang ni memang holiday yang dinanti-nanti. Cepatla 20 December..hehe

Till then~

Comments

  1. sape kawan2 semesta yg kt mlake tu?bgtau sket.hehe.taruk la gmbr huda.len kali kite ramai2 la cruise mlm2 bak kate aie:D

    ReplyDelete
  2. hehe..u know who u are..so x yah bgtau pn xpe.hehe..gamba kan ade dlm fesbuk..arie tu update blog cepat2,gamba x transfer ke comp lg..

    ReplyDelete

Post a Comment