10 years of friendship
Semalam ada reunion membe2 zaman sekolah menengah dulu. Pejam celik dah 10 tahun rupanya kitorg berjumpa. Ingat lagi, first time jumpa/kenal mereka2 ni pada 19 Januari 2000, memang lama betul. So, semalam sempena 10 tahun kitorg punya friendship anniversary, kitorg buat reunion secara besar-besaran. Walaupun takdela besar mana tapi ramai juga yang hadir. Adala dalam 20++ orang yang hadir. Best betul dapat gather macam ni, rasa macam zaman sekolah balik. Semua perangai gila2 semua keluar. Walaupun last minute planning, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Memula separuh dari kitorg masuk Sunway Lagoon dulu. Yang lain ada hal pagi2 tu so dorg tak dapat join nak main and bermandi-manda. Rasanya baru je hari tu pergi main waterpark kat Gambang nie main lagi tapi sebab main ngan membe so lagi best la. Syok sangat main sampai hp pun join skali main air kat situ..hehe..Gelabah la juga bila tak boleh on hp tu, tapi nasib baik pas jemur seharian bawah matahari tadi dapat on balik